8 FEBUARI 2012
9:33 p.m
DIA SEMANGAT KU
Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian..bagaimana
kehidupan kita hari ini?..senang atau sedang gigih berusaha..kalian,syukurlah
segala yang Allah timpakan kepada kita ,anggap insan lain lebih
menderita..andai lemah,bayangkan mereka yang lagi hebat diuji,tetapi semakin
diuji,semakin kuat diri mereka..redha adalah penawarnya..berserah dirilah
kepada segala dugaanNYA..Insyaallah,kita akan merasai satu ketenangan malah
semakin hampir denganNYA.
Sahabat sekalian..apabila sebut sahaja perkataan redha..aku teringatkan seseorang..Dia insan yang penuh bermakna dihati..insan yang banyak
mendidik aku,bukan sahaja melalui tutur bicara malah segala perilakunya…dia
bukan lah sesiapa yang istimewa,bukan insan sempurna malah jauh sekali melabel
dirinya sifat baik..tetapi,bagi aku,,mengenali dirinya seolah-olah membuatkan
saya sentiasa berfikir secara
matang..satu perkara yang benar-benar lekat dihati aku,apabila dia selalu
menasihati agar belajar untuk redha..sebelum ini,apabila berbicara tentang
redha,tiada apa yang berkesan dihati..teman-teman selalu cakap “redha
saja..Allah dah tentukan macam tu”..hari ini aku tahu kenapa ia tak berkesan dihati
aku dulu,kerana pada masa itu,aku masih lagi dihantui dengan usaha –usaha yang
biasa-biasa,cuma angan –angan sahaja yang tinggi..apabila melihatkan hasil yang
hendak dituai tidak seberapa,rasa cukup lemah,tidak berdaya malah begitu
kecewa..malah,apabila dikatakan aku perlu redha..nampaknya ia langsung tidak
melekat dihati malah semakin merasa hampa..
Sehingga tiba hari ini,aku belajar mengenali erti redha yang
sebenar..terima kasih kepada insan yang pernah berada disisi semasa aku
kesusahan..dia..fatmi hidayah binti razali..indah seperti namanya..dia seperti utusan daripada Allah tatkala aku benar-benar
lemah..dia hadir memberi kata-kata semangat..dan sering mengungkap kata tawakal..pada
mulanya,aku tidak mengerti sepenuhnya..pernah suatu ketika,ketika keputusan
peperiksaan diumumkan,dia mendapat keputusan yang jauh lebih rendah berbanding
teman nya yang lain..aku lihat wajahnya,mungkinkah dia sedih atau
kecewa..namun,aku gagal melihat kehampaan diwajahnya..malah dia berkata”emm,redha
jela,usaha sikit,dapat keputusan pun macam ni lah”..kalaulah dia tahu,kata-kata
itu benar-benar mendidik aku..tambahan lagi,ketika aku terpandang seorang
pelajar yang menangis kerana keputusan nya yang teruk..sedangkan apabila aku
perhati,keputusannya jauh lebih tinggi daripada fatmi hidayah.disaat itu,aku
terfikir sejenak..manusia yang Allah kurniakan sesuatu nikmat,tidak pernah nampak
kurniaan ALLAH itu, bahkan untuk mensyukuri pemberianNYA jauh sekali..lagi
parah,menangis meraung tanda kecewa..sedangkan insan yang sedar dirinya disisi
ALLAH,sentiasa berserah diri tatkala menyedari hakikat Allah itu YA RAAZAQ (maha pemberi rezeki)..
Redha bukan untuk mereka yang yang kalah sebelum berjuang,tetapi berusaha
dari mula walau menyedari diri yang sememangnya tidak mampu..pernah satu
masa,aku jatuh dan dihina oleh jiwa angkuh manusia..apabila teringat kata-kata
kak fatmi,seperti seruan semangat agar aku bangkit,itu semua dari
ALLAH..kita??redha..tiada penawar mujarab lain..selain berserah kepada
ALLAH..sesungguhnya ALLAH tempat sebaik-baik kembali..REDHA BUKAN
MENGALAH TAPI PERMULAAN LANGKAH KE ARAH KEJAYAAN DIDUNIA JUGA AKHIRAT..REDHA
BUKAN KELEMAHAN,TETAPI KEMENANGAN..kenapa saya kata ia kemenangan..kalian,kita
menang setelah syaitan berhempas pulas membisik kata dusta supaya kita
menyalahkan YA RAHMAN,kita menang kerana
kita berjaya mendidik diri menjadi sabar..malah kemenangan terbesar,diri kita
MULIA DISISI ALLAH..tak usah mencelarukan fikiran lagi..tak usah mempertikai
lagi..apa kalian lupa,yang senang tak selamanya selesa,dan yang susah tak
semestinya jadi papa..masa itu pasti tiba..andai hari ini kita cukup gembira
dengan kejayaan kita,jangan lupa,kejatuhan itu seperti bayang-bayang yang
sentiasa mengekori..andai tersilap langkah,bayang-bayang akan menjelma ke dunia
nyata..dan jangan bersedih hati yang redha,tanya diri kita,berapa banyak sudah
nikmat ALLAH yang diberi untuk kita,,bersyukurkah kita dengan
pemberiannya..andai kita betul-betul pasrah..tunggu sahaja nikmat ALLAH yang
lagi hebat sampaikan ia hadir tanpa bayang,ia singgah tanpa diundang..
Alhamdulillah..lepaskan segala keluhan berat itu..biar ia
bebas terbang diudara..sentiasalah kita mendidik diri agar dekat dengan Sang Pencipta….semakin
kita dekat,insyaallah,ujian yang datang hanya debu yang melekat,apabila ditiup angin
berlalu ia..semoga hari-hari kita
bergerak kearah kesempurnaan..amin..
Kepada dia,pemberi semangat,tiada kata-kata berharga..Cuma doa agar kau(fatmi hidayah binti razali)
berjaya dalam hidup dan mati mu..tiada yang indah,selain
mengenali dirimu..semoga tuhan izinkan kita bersua lagi ..sesungguhnya detik itu amat ku
nanti-nanti..Insyaallah..
KAU SEMANGAT
tidak sanggup aku tinggalkan bumi itu
yang penuh ragam juga kematangan
ku genggam tangan mu sekuatnya
kerana ia semangatku
yang sentiasa berhayun bersama
hari ini,aku merentasi laut cina selatan
yang dulu membawa satu pengharapan
kini cuma kenangan..
selamat tinggal kenyalang
berakhir kisah kita
disini
tidak mengapa,biar ku pujuk diri
perjalanan kita masih jauh
aku dengan satu keputusan
kau dengan satu perjuangan
hanya satu harapanku
semoga ALLAH sentiasa merahmatimu..
No comments:
Post a Comment