Wadah ini aku layarkan kepada semua yang bernama insan…yang
sedang memikul tanggungjawab sebagai khalifah dibumi Allah ini..mari kita
tautkan ukhwah,biar iman yang digenggam ini utuh selamanya..kalian..pernahkah
kalian diuji ,diuji dan diuji…mungkin pernah dan mungkin
tidak..itulah..seseorang itu tidak akan pernah merasai sesuatu melainkan
seseorang itu pernah merasainya..tidak sama rasanya apabila seseorang itu
ditimpa musibah dengan seseorang yang hanya melihat..biar mulut berkata ‘aku
faham apa yang kau rasa.aku dapat rasakan apa yang kau rasa,kau kena
kuat!sabarlah…”ya!benar,seseorang itu mampu merasai kesakitan orang lain,tapi
tidak mampu menanggung bebanan
itu..hanya menanggung rasa tapi bukan hakikat…beginilah hebatnya hidup,agungnya
allah,dan kita yang bergelar insan..yang
sentiasa lupa dan alpa…yang sentiasa kalah dan lemah,yang sentiasa keji dan
rugi..
Kalian…
Ingin sekali aku kongsikan perihal diriku ..pernah suatu ketika aku sering menyalahkan
DIA yang esa..mengapa begini takdir untuk aku..untungnya orang lain,tak
alim pun,tapi kaya,tak study pun,tapi berjaya,tak berharap pun,tapi mudah saja
dapat..aku???dah letih aku buat benda baik,tak dapat apa-apa pun..dah penat
belajar,siang malam,tidur pun lambat..hasilnya.biasa-biasa saja..tak macam
kawan yang lain,mereka jarang ulangkaji,bila keluar
keputusan,masyaallah,hebatnya!!!hidup pula sering pula berharap.tapi…sentiasa
hampa..hinggakan rasa cemburu dan marah menguasai diri…ahh!!persetan..
Sudah penat diri ini
mendayung sampan,,segala keringat dicurahkan…baru tersedar,rupa-rupanya selama
ini air tasik sudah kering,bila dan mengapa ia begitu membuatkan aku
berfikir..rupa-rupanya aku masih ditampuk lama,tidak pernah kehadapan,dan tidak
memandang langsung di belakang..begitu kusyuk dengan segala harapan dan
impian…apabila selangkah kaki ingin sampai,ia seperti kabus yang hilang ditiup
angin..berarak semakin jauh..apabila tangan hampir menggapai,ia jatuh dan pecah
berderai..tidak sedikit pun tangan ini dapat menggenggam..
Ya Robbi…aku sudah penat..hebatnya ujian KAU..mengapa aku
yang kau pilih??..mengapa bukan dia..dan dia???...ujian ini membuatkan aku
memilih landasan baru,,yang jauh dari halangan,yang jauh dari dipandang hina
oleh orang lain..ya!!!satu ketika aku yakin
membuat keputusan yang betul dan pasti segalanya bakal aku miliki..tiada
lagi kekecewaan….aku campak pendayung,aku pecahkan sampan,jauh aku lari,jauh
aku pergi,,semakin dekat,semakin aku gagahkan diri..akhirnya aku tiba di
penamatnya…
Mengapa gelap???mengapa sunyi??mana perginya segala impian
aku..mengapa kosong???mana?mana?mana?sia-sia semuanya…ya allah…aku kalah..aku
lemah..aku keji..Inilah balasan kau kepada aku yang meninggalkan
kau,meninggalkan landasan kau..terduduk dalam gelap aku merintih,mohon diampun
kan segala dosa,pergilah segala impian dan harapan..siapalah aku untuk
memilikinya jika ia tidak ditakdirkan untuk aku..pergilah..aku mengalah..aku
redha ya allah..aku bukanlah sesiapa
untuk mempersoalkan segala ketentuanmu..dan bukan sesiapa untuk melawan
fitrahmu..sesungguhnya kau maha esa ,kau maha agong,kau maha penyayang..
Nanar aku dalam gelap,mencari-cari jalan keluar..lalu,disapa
angin lembut seperti menyapu air mata dipipi.. aku bergerak mengikut angin
itu..allah ya rahman…dia temukan aku pintu keluar.. aku kembali menemui tasik
yang dulunya kering,tetapi kini dilimpahi air.terdetik dihati,bagaimana aku
hendak menyeberang?tiba-tiba...terlihat kepingan-kepingan kayu buruk terapung
dekat dengan tebing..lalu,aku mengaitnya..kayu ini nampak saja buruk tapi,masih
kukuh..terdiam aku seketika.kerana ini ialah sisa sampan yang aku pecahkan..bantuan
yang allah berikan dulu,semasa aku sibuk mengejar dunia,aku telah musnahkan..
Ya allah,kau masih mahu menerimaku dengan apa yang sudah aku
lakukan..kau berikankan aku kayu ini supaya
aku boleh menyeberang ..aku pernah menyalahkan kau atas
segalanya..tetapi kau….masih memandang diriku yang keji ini..masih memberikan
aku ruang dan peluang…SESUNGGUHNYA KAU MAHA BESAR,KAU YANG ESA..
Kalian..itu kisah aku,mungkin kalian pernah begitu atau
mungkin tidak..bagi yang pernah.mari kita insafi.sesungguhnya allah timpakan segala
ujian itu kerana ingin menguji kasih sayang kita kepadanya.terbalas atau tidak
kasih sayangnya kepada kita selama ini.segala ujian itu juga adalah
keampunan...nikmat allah yang sedikit tidak pernah kita syukuri kan..inikan
pula nikmat yang lebih besar.apabila mahukan sesuatu,meminta dan
merayu..apabila dapat,tidak sedikit pun menzahirkan kesyukuran..itulah insan,dan
itulah aku...bagi yang tidak pernah diuji begitu,jadilah orang yang senantiasa
bersyukur..ingatlah dunia ini ibarat roda,takdir allah pun begitu,,walau bergunung
mana pun harta,jika allah hilangkan udara..bagaimana..walau setinggi mana pun berjaya.jika
allah tarik satu nikmat,mungkin yang berjaya boleh jadi gila..apa gunanya…dan
walau sesempurna mana pun seseorang itu memiliki segala-galanya..jika allah lenyapkan
nikmat kebahagiaan,tiada guna semuanya..kerana kebahagiaan itu pengubat segala
duka,madu segala kepahitan,dan racun segala kemungkaran..sesungguhnya jiwa yang
tenang itu dihadiahkan oleh allah kepada yang selalu
merinduinya..insyaallah,jiwa yang tenang ini sentiasa sabar,redha dan istiqomah
dalam mendidik diri..
Aku,kalian dan mereka adalah khalifah allah,ingat janji kita
sebelum lahir ke dunia sementara ini,kita hanya perantau dan akan kembali
apabila tiba masanya..segigih mana mengejar dunia,segigih itu juga kita
mengejar kehidupan akhirat..
No comments:
Post a Comment