Assalamualaikum..
********kepada semua khalifah allah********..alhamdulillah..akhirnya ada ruang dan kesempatan untuk saya melakar blog ini setelah sekian lama mencari masa..wadah ini untuk tatapan saya sendiri sebagai muhasabah diri yang sentiasa alpa..juga untuk malaikat kecil saya..yang bukan lahir dari rahim saya tetapi dari hati dan kasih sayang serta kerinduan yang tidak pernah pudar..dia..alisya imani yang menjadi penawar duka dan penguat semangat.. tika menyentuh tangan kecil itu,terasa kuat diri ini untuk berjuang..semoga wadah ini mekar berkembang seusia dengannya dan terus mewangi...kalian...ingin saya kongsikan petikan dari sebuah kitab. Allah telah memuliakan umat ini dengan lima kemuliaan:

  • Allah menjadikan mereka lemah supaya tidak sombong.
  • Mereka dijadikan kecil-kecil supaya tidak memberatkan belanja, makan, minum dan pekerjaan.
  • Menjadikan usia mereka pendek supaya kurang dosa mereka.
  • Menjadikan mereka faqir/ miskin supaya meringankan hisab mereka di akhirat.
  • Menjadikan mereka umat terakhir supaya tidak tinggal lama di dalam kubur.

8 FEBUARI 2012
9:33 p.m

    DIA  SEMANGAT  KU   
     
Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian..bagaimana kehidupan kita hari ini?..senang atau sedang gigih berusaha..kalian,syukurlah segala yang Allah timpakan kepada kita ,anggap insan lain lebih menderita..andai lemah,bayangkan mereka yang lagi hebat diuji,tetapi semakin diuji,semakin kuat diri mereka..redha adalah penawarnya..berserah dirilah kepada segala dugaanNYA..Insyaallah,kita akan merasai satu ketenangan malah semakin hampir  denganNYA.

Sahabat sekalian..apabila sebut sahaja perkataan redha..aku  teringatkan seseorang..Dia insan yang  penuh bermakna dihati..insan yang banyak mendidik aku,bukan sahaja melalui tutur bicara malah segala perilakunya…dia bukan lah sesiapa yang istimewa,bukan insan sempurna malah jauh sekali melabel dirinya sifat baik..tetapi,bagi aku,,mengenali dirinya seolah-olah membuatkan saya sentiasa berfikir  secara matang..satu perkara yang benar-benar lekat dihati aku,apabila dia selalu menasihati agar belajar untuk redha..sebelum ini,apabila berbicara tentang redha,tiada apa yang berkesan dihati..teman-teman selalu cakap “redha saja..Allah dah tentukan macam tu”..hari ini aku tahu kenapa ia tak berkesan dihati aku dulu,kerana pada masa itu,aku masih lagi dihantui dengan usaha –usaha yang biasa-biasa,cuma angan –angan sahaja yang tinggi..apabila melihatkan hasil yang hendak dituai tidak seberapa,rasa cukup lemah,tidak berdaya malah begitu kecewa..malah,apabila dikatakan aku perlu redha..nampaknya ia langsung tidak melekat dihati malah semakin merasa hampa..

Sehingga tiba hari ini,aku belajar mengenali erti redha yang sebenar..terima kasih kepada insan yang pernah berada disisi semasa aku kesusahan..dia..fatmi hidayah binti razali..indah seperti namanya..dia seperti  utusan daripada Allah tatkala aku benar-benar lemah..dia hadir memberi kata-kata semangat..dan sering mengungkap kata tawakal..pada mulanya,aku tidak mengerti sepenuhnya..pernah suatu ketika,ketika keputusan peperiksaan diumumkan,dia mendapat keputusan yang jauh lebih rendah berbanding teman nya yang lain..aku lihat wajahnya,mungkinkah dia sedih atau kecewa..namun,aku gagal melihat kehampaan diwajahnya..malah dia berkata”emm,redha jela,usaha sikit,dapat keputusan pun macam ni lah”..kalaulah dia tahu,kata-kata itu benar-benar mendidik aku..tambahan lagi,ketika aku terpandang seorang pelajar yang menangis kerana keputusan nya yang teruk..sedangkan apabila aku perhati,keputusannya jauh lebih tinggi daripada fatmi hidayah.disaat itu,aku terfikir sejenak..manusia yang Allah kurniakan sesuatu nikmat,tidak pernah nampak kurniaan ALLAH itu, bahkan untuk mensyukuri pemberianNYA jauh sekali..lagi parah,menangis meraung tanda kecewa..sedangkan insan yang sedar dirinya disisi ALLAH,sentiasa berserah diri tatkala menyedari hakikat Allah itu YA RAAZAQ  (maha pemberi rezeki)..

Redha bukan untuk mereka yang  yang kalah sebelum berjuang,tetapi berusaha dari mula walau menyedari diri yang sememangnya tidak mampu..pernah satu masa,aku jatuh dan dihina oleh jiwa angkuh manusia..apabila teringat kata-kata kak fatmi,seperti seruan semangat agar aku bangkit,itu semua dari ALLAH..kita??redha..tiada penawar mujarab lain..selain berserah kepada ALLAH..sesungguhnya  ALLAH  tempat sebaik-baik kembali..REDHA BUKAN MENGALAH TAPI PERMULAAN LANGKAH KE ARAH KEJAYAAN DIDUNIA JUGA AKHIRAT..REDHA BUKAN KELEMAHAN,TETAPI KEMENANGAN..kenapa saya kata ia kemenangan..kalian,kita menang setelah syaitan berhempas pulas membisik kata dusta supaya kita menyalahkan YA RAHMAN,kita menang  kerana kita berjaya mendidik diri menjadi sabar..malah kemenangan terbesar,diri kita MULIA DISISI ALLAH..tak usah mencelarukan fikiran lagi..tak usah mempertikai lagi..apa kalian lupa,yang senang tak selamanya selesa,dan yang susah tak semestinya jadi papa..masa itu pasti tiba..andai hari ini kita cukup gembira dengan kejayaan kita,jangan lupa,kejatuhan itu seperti bayang-bayang yang sentiasa mengekori..andai tersilap langkah,bayang-bayang akan menjelma ke dunia nyata..dan jangan bersedih hati yang redha,tanya diri kita,berapa banyak sudah nikmat ALLAH yang diberi untuk kita,,bersyukurkah kita dengan pemberiannya..andai kita betul-betul pasrah..tunggu sahaja nikmat ALLAH yang lagi hebat sampaikan ia hadir tanpa bayang,ia singgah tanpa diundang..

Alhamdulillah..lepaskan segala keluhan berat itu..biar ia bebas terbang diudara..sentiasalah kita mendidik diri agar dekat dengan Sang Pencipta….semakin kita dekat,insyaallah,ujian yang datang hanya debu yang melekat,apabila ditiup angin  berlalu ia..semoga hari-hari kita bergerak kearah kesempurnaan..amin..
Kepada dia,pemberi semangat,tiada kata-kata berharga..Cuma  doa agar kau(fatmi hidayah binti razali)
berjaya dalam hidup dan mati mu..tiada yang indah,selain mengenali dirimu..semoga tuhan izinkan kita bersua  lagi ..sesungguhnya detik itu amat ku nanti-nanti..Insyaallah..

KAU SEMANGAT
tidak sanggup aku tinggalkan bumi itu
yang penuh ragam juga kematangan
ku genggam tangan mu sekuatnya
kerana ia semangatku
yang sentiasa berhayun bersama

hari ini,aku merentasi laut cina selatan
yang dulu membawa satu pengharapan
kini cuma kenangan..
selamat tinggal kenyalang
berakhir  kisah kita disini

tidak mengapa,biar ku pujuk diri
perjalanan kita masih jauh
aku dengan satu keputusan
kau dengan satu perjuangan
hanya satu harapanku
semoga ALLAH sentiasa merahmatimu..

Wadah ini aku layarkan kepada semua yang bernama insan…yang sedang memikul tanggungjawab sebagai khalifah dibumi Allah ini..mari kita tautkan ukhwah,biar iman yang digenggam ini utuh selamanya..kalian..pernahkah kalian diuji ,diuji dan diuji…mungkin pernah dan mungkin tidak..itulah..seseorang itu tidak akan pernah merasai sesuatu melainkan seseorang itu pernah merasainya..tidak sama rasanya apabila seseorang itu ditimpa musibah dengan seseorang yang hanya melihat..biar mulut berkata ‘aku faham apa yang kau rasa.aku dapat rasakan apa yang kau rasa,kau kena kuat!sabarlah…”ya!benar,seseorang itu mampu merasai kesakitan orang lain,tapi tidak mampu menanggung  bebanan itu..hanya menanggung rasa tapi bukan hakikat…beginilah hebatnya hidup,agungnya allah,dan kita yang bergelar  insan..yang sentiasa lupa dan alpa…yang sentiasa kalah dan lemah,yang sentiasa keji dan rugi..

Kalian…
Ingin sekali aku kongsikan perihal diriku ..pernah suatu ketika aku sering menyalahkan  DIA yang esa..mengapa begini takdir untuk aku..untungnya orang lain,tak alim pun,tapi kaya,tak study pun,tapi berjaya,tak berharap pun,tapi mudah saja dapat..aku???dah letih aku buat benda baik,tak dapat apa-apa pun..dah penat belajar,siang malam,tidur pun lambat..hasilnya.biasa-biasa saja..tak macam kawan yang lain,mereka jarang ulangkaji,bila keluar keputusan,masyaallah,hebatnya!!!hidup pula sering pula berharap.tapi…sentiasa hampa..hinggakan rasa cemburu dan marah menguasai diri…ahh!!persetan..
Sudah penat  diri ini mendayung sampan,,segala keringat dicurahkan…baru tersedar,rupa-rupanya selama ini air tasik sudah kering,bila dan mengapa ia begitu membuatkan aku berfikir..rupa-rupanya aku masih ditampuk lama,tidak pernah kehadapan,dan tidak memandang langsung di belakang..begitu kusyuk dengan segala harapan dan impian…apabila selangkah kaki ingin sampai,ia seperti kabus yang hilang ditiup angin..berarak semakin jauh..apabila tangan hampir menggapai,ia jatuh dan pecah berderai..tidak sedikit pun tangan ini dapat menggenggam..
Ya Robbi…aku sudah penat..hebatnya ujian KAU..mengapa aku yang kau pilih??..mengapa bukan dia..dan dia???...ujian ini membuatkan aku memilih landasan baru,,yang jauh dari halangan,yang jauh dari dipandang hina oleh orang lain..ya!!!satu ketika aku yakin  membuat keputusan yang betul dan pasti segalanya bakal aku miliki..tiada lagi kekecewaan….aku campak pendayung,aku pecahkan sampan,jauh aku lari,jauh aku pergi,,semakin dekat,semakin aku gagahkan diri..akhirnya aku tiba di penamatnya…
Mengapa gelap???mengapa sunyi??mana perginya segala impian aku..mengapa kosong???mana?mana?mana?sia-sia semuanya…ya allah…aku kalah..aku lemah..aku keji..Inilah balasan kau kepada aku yang meninggalkan kau,meninggalkan landasan kau..terduduk dalam gelap aku merintih,mohon diampun kan segala dosa,pergilah segala impian dan harapan..siapalah aku untuk memilikinya jika ia tidak ditakdirkan untuk aku..pergilah..aku mengalah..aku redha ya  allah..aku bukanlah sesiapa untuk mempersoalkan segala ketentuanmu..dan bukan sesiapa untuk melawan fitrahmu..sesungguhnya kau maha esa ,kau maha agong,kau maha penyayang..
Nanar aku dalam gelap,mencari-cari jalan keluar..lalu,disapa angin lembut seperti menyapu air mata dipipi.. aku bergerak mengikut angin itu..allah ya rahman…dia temukan aku pintu keluar.. aku kembali menemui tasik yang dulunya kering,tetapi kini dilimpahi air.terdetik dihati,bagaimana aku hendak menyeberang?tiba-tiba...terlihat kepingan-kepingan kayu buruk terapung dekat dengan tebing..lalu,aku mengaitnya..kayu ini nampak saja buruk tapi,masih kukuh..terdiam aku seketika.kerana ini ialah sisa sampan yang aku pecahkan..bantuan yang allah berikan dulu,semasa aku sibuk mengejar dunia,aku telah musnahkan..
Ya allah,kau masih mahu menerimaku dengan apa yang sudah aku lakukan..kau berikankan aku kayu ini supaya  aku boleh menyeberang ..aku pernah menyalahkan kau atas segalanya..tetapi kau….masih memandang diriku yang keji ini..masih memberikan aku ruang dan peluang…SESUNGGUHNYA KAU MAHA BESAR,KAU YANG ESA..
 
Kalian..itu kisah aku,mungkin kalian pernah begitu atau mungkin tidak..bagi yang pernah.mari kita insafi.sesungguhnya allah timpakan segala ujian itu kerana ingin menguji kasih sayang kita kepadanya.terbalas atau tidak kasih sayangnya kepada kita selama ini.segala ujian itu juga adalah keampunan...nikmat allah yang sedikit tidak pernah kita syukuri kan..inikan pula nikmat yang lebih besar.apabila mahukan sesuatu,meminta dan merayu..apabila dapat,tidak sedikit pun menzahirkan kesyukuran..itulah insan,dan itulah aku...bagi yang tidak pernah diuji begitu,jadilah orang yang senantiasa bersyukur..ingatlah dunia ini ibarat roda,takdir allah pun begitu,,walau bergunung mana pun harta,jika allah hilangkan udara..bagaimana..walau setinggi mana pun berjaya.jika allah tarik satu nikmat,mungkin yang berjaya boleh jadi gila..apa gunanya…dan walau sesempurna mana pun seseorang itu memiliki segala-galanya..jika allah lenyapkan nikmat kebahagiaan,tiada guna semuanya..kerana kebahagiaan itu pengubat segala duka,madu segala kepahitan,dan racun segala kemungkaran..sesungguhnya jiwa yang tenang itu dihadiahkan oleh allah kepada yang selalu merinduinya..insyaallah,jiwa yang tenang ini sentiasa sabar,redha dan istiqomah dalam mendidik diri..

Aku,kalian dan mereka adalah khalifah allah,ingat janji kita sebelum lahir ke dunia sementara ini,kita hanya perantau dan akan kembali apabila tiba masanya..segigih mana mengejar dunia,segigih itu juga kita mengejar kehidupan akhirat..

KEMATIAN ITU (.) BUKAN (,)

Assalamualaikum sahabat-sahabatku..
Aku sering terfikir sesuatu sejak kebelakangan ini...mungkin sesuatu yang dipanggil KEMATIAN…kematian dimana seseorang itu terpisah roh dari jasad..kematian dimana  segala hal duniawi ditinggalkan,hanya bekalan amalan yang mengiringi.
Baru-baru ni kakak ku ada bercerita perihal jiran yang meninggal dunia apabila terkejut ternampak sesuatu ..lalu menghembuskan nafas terakhirnya disitu..apa yang bermain diminda kalian turut bermain dibenak hati saya..kematian itu tidak ditunda-tunda ,.saat allah izinkan saat itu jua malaikat datang menjalankan tugasnya..jika ingin malaikat yang datang menjemput itu tersenyum manis wajahnya,Ayuh!! Masa masih ada..jika ingin membiarkan kita bertemu dengan malaikat allah itu dengan wajah bengis..sahabatku!!aku tidak akan membiarkan kau dengan kata teruskanlah..tapi…lupakanlah!!
kerana aku tahu selagi saat itu belum tiba,manusia akan angkuh dengan kata-kata..
sahabatku..satu persoalan yang aku tertanya-tanya pada diriku sendiri,mungkin juga kalian..

BERSEDIAKAH AKU MENGHADAPI  KEMATIAN??
BERSEDIAKAH AKU MENJAWAB 5 "SOALAN BOCOR" ITU NANTI??
YA ALLAH……

Sahabatku ..ada suatu cerita yang ingin aku kongsikan..
Disaat kematian seseorang yang aku kenali..sehari sebelum nyawanya diambil.dia bertanya orang sekelilingnya..siapa tu??cantiknya..apabila ditoleh,tiada sesiapa pun disitu..pada masa itu tiada siapa pun menghiraukan apa yang arwah cakap..kata orang mungkin arwah tengah sakit,cakap pun mengarut.keesokan harinya,usai solat zohor.arwah meminta dirinya diangkat ke luar supaya arwah boleh lihat keadaan diluar..siapa yang tahu.itulah saat terakhirnya melihat alam dunia..sakit tidak sedikit pun menghalangnya untuk menunaikan solat dan tidak meninggalkan walau satu waktu solat pun..hari ini peristiwa itu menerjah fikiran ku,,siapa yang cantik itu wahai hamba Allah..hanya kau yang tahu..al fatihah ku sentiasa untuk mu.

Sahabatku..
Dimana kita hari ini..semakin dekat atau jauh dengan maha pencipta..
Atau dekat apabila kesusahan dan jauh apabila kesenangan…
Ayuh sahabatku!!!
Masa itu masih ada,jangan tangguh lagi..nanti kita akan mengadap ilahi
Jangan..biarkan masa itu pergi..nanti  kita menyesal atas perbuatan sendiri..
kita hidup bukan untuk dunia sahaja..bekalan akhirat nanti macam mana sahabatku..

Yang gigih mengejar dunia akhirat..SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAILAHAILLALAH ALLAHUAKHBAR..TAHNIAH!!!.saya pun mahu jadi macam sahabat sekalian…

Sahabat jom kita renung-renung..
” Allah s.w.t. berfirman : “Kamu tidak tinggal (dibumi) melainkan sebentar saja,   kalau kamu benar-benar mengetahui”. QS.23: 112-114
Renungkanlah, perhitungan ini: 
Surah As-Sajdah ayat 5 menjelaskan bahawa, satu hari kehidupan di akhirat bersamaan dengan seribu tahun kehidupan di dunia.
Jika rata-rata umur manusia adalah 60/63 tahun saja, maka kita hidup tidak lebih dari 60/6000 atau 6% hari di akhirat. Kemudian, jika kita membandingkan waktu di dunia dan di akhirat dalam satu hari itu sama iaitu selama 24 jam sehari maka kita di dunia hanya hidup selama 6% X 24 jam atau selama 144 jam di akhirat. Kalau kita lanjutkan lagi, kita misalkan 1 jam di akhirat dan di dunia, iaitu selama 60 minit saja, maka kita hidup di dunia ini hanyalah selama 144 jam X 60 minit atau selama 864 minit saja.
Betapa singkat hidup kita di dunia ini jika dibandingkan dengan kehidupan di akhirat. Hitungan itupun masih dengan menggunakan perbandingan waktu di dunia. Besar kemungkinan, waktu di akhirat dalam sehari lebih dari 24 jam dan setiap jamnya pula, mungkin lebih dari 60 minit waktu di dunia. Jika ianya sedemikian, maka waktu hidup kita di dunia semakin tambah singkat.
Maka sungguh benar firman Allah Azza Wajallah... Allah yang Maha Kekal.. Allah yang Maha Hidup.
“Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu benar-benar mengetahui”. Qs.23:114.

Sahabat kesayangan ku..
Pautlah tangan mu pada tangan ku
Kita sama saja
Pernah rebah tersungkur
Tiada yang sempurna..
Ayuh!!!!bangkit!!!!
Kita betulkan semula landasan hidup kita
Yang dulu penuh lumpur dan tahi
Kita basuh sampai putih
Biar nanti disapa bayu dingin
Kita tenang dan pasrah

Ayuh sahabatku..Jangan tunggu lagi!!
Kita tak punya banyak masa..
Saya..sahabat..mereka..semua sama..ada dosa,ada pahala..Cuma yang membezakan kita semua keinginan kita untuk jadi lebih baik disisiNYA..INSYAALLAH

                                    JIWA YANG HINA...

Mengapa hati ini tidak keruan ya allah

Seperti ada sesuatu yang hilang

Sesuatu yang membuat jiwa ini kosong

Kehulu kehilir aku cuba melengkapinya

Akhirnya aku tersungkur ke tanah

Mendongak ke langit mengenal ertinya
Mencari sinar disebalik awan tebal
Terus berarak perlahan dan berlalu
Terlihat cahaya terik itu memancar
Deria ini tidak gagah bertentangan dengannya
Tertunduk lesu menguis anak batu

Baru tersedar cahaya itu sudah kelam
Menghilang disebalik kesunyian

Kepadamu ya tuhan
Aku bermohon agar esok  masih berkunjung
Menebar udara segar ke segenap pelosok
Berkilau bersama titisan embun
Mengibar bauan dan terus  mewangi

Ya rabbi ya Rahim
Hadirkan sinarmu kepada ku
Sungguh aku terlalu lemah
Aku berjanji akan ku tatap dan dakap cahaya itu
Sampai nyawa ini ke akhirnya..