Assalamualaikum..
********kepada semua khalifah allah********..alhamdulillah..akhirnya ada ruang dan kesempatan untuk saya melakar blog ini setelah sekian lama mencari masa..wadah ini untuk tatapan saya sendiri sebagai muhasabah diri yang sentiasa alpa..juga untuk malaikat kecil saya..yang bukan lahir dari rahim saya tetapi dari hati dan kasih sayang serta kerinduan yang tidak pernah pudar..dia..alisya imani yang menjadi penawar duka dan penguat semangat.. tika menyentuh tangan kecil itu,terasa kuat diri ini untuk berjuang..semoga wadah ini mekar berkembang seusia dengannya dan terus mewangi...kalian...ingin saya kongsikan petikan dari sebuah kitab. Allah telah memuliakan umat ini dengan lima kemuliaan:

  • Allah menjadikan mereka lemah supaya tidak sombong.
  • Mereka dijadikan kecil-kecil supaya tidak memberatkan belanja, makan, minum dan pekerjaan.
  • Menjadikan usia mereka pendek supaya kurang dosa mereka.
  • Menjadikan mereka faqir/ miskin supaya meringankan hisab mereka di akhirat.
  • Menjadikan mereka umat terakhir supaya tidak tinggal lama di dalam kubur.

KEMATIAN ITU (.) BUKAN (,)

Assalamualaikum sahabat-sahabatku..
Aku sering terfikir sesuatu sejak kebelakangan ini...mungkin sesuatu yang dipanggil KEMATIAN…kematian dimana seseorang itu terpisah roh dari jasad..kematian dimana  segala hal duniawi ditinggalkan,hanya bekalan amalan yang mengiringi.
Baru-baru ni kakak ku ada bercerita perihal jiran yang meninggal dunia apabila terkejut ternampak sesuatu ..lalu menghembuskan nafas terakhirnya disitu..apa yang bermain diminda kalian turut bermain dibenak hati saya..kematian itu tidak ditunda-tunda ,.saat allah izinkan saat itu jua malaikat datang menjalankan tugasnya..jika ingin malaikat yang datang menjemput itu tersenyum manis wajahnya,Ayuh!! Masa masih ada..jika ingin membiarkan kita bertemu dengan malaikat allah itu dengan wajah bengis..sahabatku!!aku tidak akan membiarkan kau dengan kata teruskanlah..tapi…lupakanlah!!
kerana aku tahu selagi saat itu belum tiba,manusia akan angkuh dengan kata-kata..
sahabatku..satu persoalan yang aku tertanya-tanya pada diriku sendiri,mungkin juga kalian..

BERSEDIAKAH AKU MENGHADAPI  KEMATIAN??
BERSEDIAKAH AKU MENJAWAB 5 "SOALAN BOCOR" ITU NANTI??
YA ALLAH……

Sahabatku ..ada suatu cerita yang ingin aku kongsikan..
Disaat kematian seseorang yang aku kenali..sehari sebelum nyawanya diambil.dia bertanya orang sekelilingnya..siapa tu??cantiknya..apabila ditoleh,tiada sesiapa pun disitu..pada masa itu tiada siapa pun menghiraukan apa yang arwah cakap..kata orang mungkin arwah tengah sakit,cakap pun mengarut.keesokan harinya,usai solat zohor.arwah meminta dirinya diangkat ke luar supaya arwah boleh lihat keadaan diluar..siapa yang tahu.itulah saat terakhirnya melihat alam dunia..sakit tidak sedikit pun menghalangnya untuk menunaikan solat dan tidak meninggalkan walau satu waktu solat pun..hari ini peristiwa itu menerjah fikiran ku,,siapa yang cantik itu wahai hamba Allah..hanya kau yang tahu..al fatihah ku sentiasa untuk mu.

Sahabatku..
Dimana kita hari ini..semakin dekat atau jauh dengan maha pencipta..
Atau dekat apabila kesusahan dan jauh apabila kesenangan…
Ayuh sahabatku!!!
Masa itu masih ada,jangan tangguh lagi..nanti kita akan mengadap ilahi
Jangan..biarkan masa itu pergi..nanti  kita menyesal atas perbuatan sendiri..
kita hidup bukan untuk dunia sahaja..bekalan akhirat nanti macam mana sahabatku..

Yang gigih mengejar dunia akhirat..SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAILAHAILLALAH ALLAHUAKHBAR..TAHNIAH!!!.saya pun mahu jadi macam sahabat sekalian…

Sahabat jom kita renung-renung..
” Allah s.w.t. berfirman : “Kamu tidak tinggal (dibumi) melainkan sebentar saja,   kalau kamu benar-benar mengetahui”. QS.23: 112-114
Renungkanlah, perhitungan ini: 
Surah As-Sajdah ayat 5 menjelaskan bahawa, satu hari kehidupan di akhirat bersamaan dengan seribu tahun kehidupan di dunia.
Jika rata-rata umur manusia adalah 60/63 tahun saja, maka kita hidup tidak lebih dari 60/6000 atau 6% hari di akhirat. Kemudian, jika kita membandingkan waktu di dunia dan di akhirat dalam satu hari itu sama iaitu selama 24 jam sehari maka kita di dunia hanya hidup selama 6% X 24 jam atau selama 144 jam di akhirat. Kalau kita lanjutkan lagi, kita misalkan 1 jam di akhirat dan di dunia, iaitu selama 60 minit saja, maka kita hidup di dunia ini hanyalah selama 144 jam X 60 minit atau selama 864 minit saja.
Betapa singkat hidup kita di dunia ini jika dibandingkan dengan kehidupan di akhirat. Hitungan itupun masih dengan menggunakan perbandingan waktu di dunia. Besar kemungkinan, waktu di akhirat dalam sehari lebih dari 24 jam dan setiap jamnya pula, mungkin lebih dari 60 minit waktu di dunia. Jika ianya sedemikian, maka waktu hidup kita di dunia semakin tambah singkat.
Maka sungguh benar firman Allah Azza Wajallah... Allah yang Maha Kekal.. Allah yang Maha Hidup.
“Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu benar-benar mengetahui”. Qs.23:114.

Sahabat kesayangan ku..
Pautlah tangan mu pada tangan ku
Kita sama saja
Pernah rebah tersungkur
Tiada yang sempurna..
Ayuh!!!!bangkit!!!!
Kita betulkan semula landasan hidup kita
Yang dulu penuh lumpur dan tahi
Kita basuh sampai putih
Biar nanti disapa bayu dingin
Kita tenang dan pasrah

Ayuh sahabatku..Jangan tunggu lagi!!
Kita tak punya banyak masa..
Saya..sahabat..mereka..semua sama..ada dosa,ada pahala..Cuma yang membezakan kita semua keinginan kita untuk jadi lebih baik disisiNYA..INSYAALLAH



No comments:

Post a Comment